'Inikah Orang Yang Layak Dibuat Isteri?' Zul Ariffin Dedah Punca SEBENAR Putus Dengan Zahirah

'Inikah Orang Yang Layak Dibuat Isteri?' Zul Ariffin Dedah Punca SEBENAR Putus Dengan Zahirah - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Inikah Orang Yang Layak Dibuat Isteri?' Zul Ariffin Dedah Punca SEBENAR Putus Dengan Zahirah, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Inikah Orang Yang Layak Dibuat Isteri?' Zul Ariffin Dedah Punca SEBENAR Putus Dengan Zahirah
Link Artikel/Video : 'Inikah Orang Yang Layak Dibuat Isteri?' Zul Ariffin Dedah Punca SEBENAR Putus Dengan Zahirah

Baca juga


'Inikah Orang Yang Layak Dibuat Isteri?' Zul Ariffin Dedah Punca SEBENAR Putus Dengan Zahirah


Tidak banyak yang diketahui umum mengenai percintaan pelakon kacak Zul Ariffin dan jelitawan Zahirah Macwilson kerana keduanya bersikap low-profile mengenai percintaan mereka.

Kalau sebelum ini, Zahirah seolah-olah mengiyakan bahawa hubungannya dengan Zul telah berakhir, Zul Ariffin bersikap lebih jelas apabila mengakui hubungan itu telah putus. Berita Harian Online melaporkan Zul berkata:

Sudah putus. Gelombang hubungan kami sudah diketahui ramai sejak tahun lalu. Diakui, hubungan kami ada masanya putus dan bersambung semula dalam tempoh berkenaan.

Sebab itu, saya hanya memberi ‘samar bayangan’ jika ada yang bertanya.

Hari ini, saya mahu menegaskan, perhubungan itu sudah berakhir dan tidak mungkin bertaut kembali. Jika masih meneruskan hubungan, bermakna saya menganiayai diri sendiri.

Tiada apa yang mahu disembunyikan lagi.


Zul juga menjelaskan apa yang terbuku di hatinya mengenai sikap Zahirah sewaktu Zul berhadapan dengan pemergian ibu tercinta, Robiah Nasir, 5 Disember lalu:

Kecewa, tidak…! Kalau melihat orang ‘berselfie’ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?

Itulah perasaan saya ketika melihat Zahirah seronok ‘berselfie’ bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu saya ketika dalam masjid.

Ada beberapa saksi melihatnya, termasuk saya yang ketika itu mahu membuka penutup muka untuk mencium arwah ibu buat kali terakhir.

Menyampah memandangnya, tetapi saya masih meneruskan hubungan. Saya tidak kejam dan tetap memaafkannya.


Zul pasrah bahawa hubungan mereka kini tidak boleh dipulihkan walaupun memaafkan Zahirah atas perkara itu:

Saya tentunya mengharapkan ketenangan dan kebahagiaan dalam membina hubungan cinta.

Jika terlalu banyak mengganggu kerja dan menjejaskan kehidupan peribadi, tiada guna untuk terus mempertahankannya. Tiada apa yang perlu saya kenangkan lagi.

Nampaknya tiada jodoh antara pasangan sama cantik sama padan ini. Mungkin ini keputusan yang terbaik buat mereka berdua memandangkan sudah tiada persefahaman lagi. Semoga keduanya bertemu dengan yang lebih baik di masa hadapan dan bertambah maju dalam kerjaya.

SUMBER– beautifulnara