Kenyataan mengelirukan, Siti Nurhaliza bakal ambil tindakan undang-undang!

Kenyataan mengelirukan, Siti Nurhaliza bakal ambil tindakan undang-undang! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kenyataan mengelirukan, Siti Nurhaliza bakal ambil tindakan undang-undang!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kenyataan mengelirukan, Siti Nurhaliza bakal ambil tindakan undang-undang!
Link Artikel/Video : Kenyataan mengelirukan, Siti Nurhaliza bakal ambil tindakan undang-undang!

Baca juga


Kenyataan mengelirukan, Siti Nurhaliza bakal ambil tindakan undang-undang!


KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas sebuah blog yang didakwa cuba menjatuhkan maruahnya dengan menyebarkan berita palsu.

Penyanyi berusia 39 tahun itu turut meluahkan rasa kesal selain menafikan individu yang dinyatakan tersebut adalah dirinya meskipun nama dalam berita berkenaan dieja sebagai Sita Nurhaliza dan bukan Siti Nurhaliza.

Menerusi laman blog, blogspotcentral.com mengatakan Siti berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana memberi kenyataan palsu dengan tujuan untuk meraih keuntungan jutaan ringgit menerusi pelaburan The Bitcoin Code.

“Berita palsu ini terdapat di dalam sebuah blog dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik pautan yang berkenaan, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan nama Sita Nurhaliza.

“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya berita tersebut (jika dirujuk pada saya). Saya tidak ada kena mengena dengan berita palsu tersebut,” jelas penyanyi lagu Comel Pipi Merah.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata tersebut juga tidak pasti mengapa laman blog berkenaan menggunakan wajah dan nama Nurhaliza kerana ia telah mengundang kekeliruan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan khalayak.

“Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya seperti mana yang tertera dalam petikan blog tersebut.

“Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya yang diperuntukkan di bawah undang-undang berkaitan,” ujar Siti. - K! ONLINE