Kerajaan akan kaji semula peranan JAKIM

Kerajaan akan kaji semula peranan JAKIM - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kerajaan akan kaji semula peranan JAKIM, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kerajaan akan kaji semula peranan JAKIM
Link Artikel/Video : Kerajaan akan kaji semula peranan JAKIM

Baca juga


Kerajaan akan kaji semula peranan JAKIM


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan dibincangkan semula dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam serta cendekiawan lain untuk membincangkan masa depan jabatan ini.

Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan diambil bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan seperti sekarang, atau dikembalikan kepada tujuan asal ia ditubuhkan dulu.

"Dan kita akan tentukan negara ini Islam tidak digambarkan sebagai agama yang zalim, keras dan tidak bertimbang rasa," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Sebelum ini sesetengah pihak mendakwa Pakatan Harapan akan melihat semula peranan JAKIM sama ada dikekalkan atau tidak dan cadangan itu dibuat ekoran badan itu dilihat digunakan untuk kepentingan politik sesetengah pihak.

Selain itu Dr Mahathir berkata, gambaran salah yang diberikan sesetengah pihak mengenai Islam di negara ini bukanlah kehedak agama.

Malah, katanya, banyak larangan yang ada dalam Islam, tidak diamalkan.

"Sebaliknya kita fikirkan tentang cara-cara lain yang bukan datang dari ajaran Islam untuk menunjukkan kononnya Islam ini agama yang cukup keras dalam pelaksanaannya.

"Dengan perkataan lain kita lebih suka memaksa daripada ajaran Islam yang berkata, tiada paksaan dalam Islam," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai Biro Tata Negara (BTN), Perdana Menteri berkata, program itu akan dikaji.

Ditanya mengenai cadangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka kepada kaum lain, Dr Mahathir berkata, perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

HINDRAF 2.0 baru-baru ini mencetuskan kontroversi mengenai tuntutan terbabit, namun Pengerusinya P Waythamoorty menafikan memorandum itu mewakili pihaknya.

Isu pembukaan UiTM kepada semua kaum ditentang oleh pelbagai pihak susulan tuntutan menerusi memorandum HINDRAF 2.0 berkenaan.

Sumber BH