Pendakwah terkenal kemalangan di Bangi

Pendakwah terkenal kemalangan di Bangi - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pendakwah terkenal kemalangan di Bangi, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pendakwah terkenal kemalangan di Bangi
Link Artikel/Video : Pendakwah terkenal kemalangan di Bangi

Baca juga


Pendakwah terkenal kemalangan di Bangi


KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim cedera ringan selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Bukit Mahkota, Bangi, dekat sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, kereta yang dipandu Mohd Izhar Ariff, 39, yang juga pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia, terbabas sebelum melanggar pokok dan terbakar.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bangi Rosli Abdullah Sani berkata mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

“Kereta mangsa musnah 100 peratus akibat terbakar dan api dipadam sepenuhnya pada 9.17 pagi," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Beliau berkata bomba tiba di lokasi kejadian pada 8.48 pagi bersama tujuh anggota dan dua jentera bomba.

Sumber MSTAR