Mengejutkan! Adakah Ini Punca Sebenar Nur Alya Hembus Nafas Terakhir??

Mengejutkan! Adakah Ini Punca Sebenar Nur Alya Hembus Nafas Terakhir?? - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mengejutkan! Adakah Ini Punca Sebenar Nur Alya Hembus Nafas Terakhir??, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mengejutkan! Adakah Ini Punca Sebenar Nur Alya Hembus Nafas Terakhir??
Link Artikel/Video : Mengejutkan! Adakah Ini Punca Sebenar Nur Alya Hembus Nafas Terakhir??

Baca juga


Mengejutkan! Adakah Ini Punca Sebenar Nur Alya Hembus Nafas Terakhir??


Siasatan pihak polis berhubung kes kematian seorang penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) pada malam kelmarin mendapati, mangsa dan bekas teman lelakinya dipercayai bertengkar berkaitan tabiat suspek menghisap rokok elektronik (vape). 

Lapor Harian Metro, pertengkaran mengenai vape itu antara faktor suspek berang dan bertindak mencekik Nur Alya Damia Hairi, 19, selama beberapa minit sehingga hilang nyawa dan mayatnya dicampak di tepi jalan. 

Difahamkan, suspek yang berusia 19 tahun itu baru sahaja berpisah dengan mangsa beberapa minggu lalu sebelum bertemu semula pada malam kejadian untuk berbincang mengenai hubungan mereka.
“Ketika bertengkar di dalam kereta, mangsa dikatakan mengugut suspek untuk memberitahu ibu bapa lelaki itu mengenai perhubungan mereka, selain tabiatnya menghisap vape tanpa pengetahuan orang tuanya.

“Suspek yang marah kemudian hilang kawalan lalu mencekik leher mangsa selama beberapa minit sebelum menyedari hidung mangsa berdarah dan dia sudah tidak sedarkan diri.

“Lelaki itu dipercayai panik dan kemudian menolak mangsa keluar dari keretanya dan terus pulang ke rumah sewa,” kata sumber Harian Metro.

Terdahulu, mangsa dilaporkan keluar dari rumah sewanya dan dijemput oleh suspek dengan menaiki Proton Wira untuk pergi ke satu lokasi yang berdekatan dengan perumahan itu. 

Pada jam 10.30 malam, mayat Nur Alya Damia ditemui oleh seorang penduduk di tepi jalan sebelum melaporkan penemuan yang tidak dijangka itu kepada pihak polis. 

Susulan kejadian itu, polis berjaya mengesan dan menahan bekas teman lelaki mangsa, 15 minit selepas penemuan mayat mangsa. Suspek ditahan di rumah sewanya, kira-kira satu kilometer dari lokasi mayat mangsa ditemui. 

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mebunuh.

Sumber TR