Video lucah mirip Syafiq Kyle dijual RM20 di Twitter

Video lucah mirip Syafiq Kyle dijual RM20 di Twitter - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Video lucah mirip Syafiq Kyle dijual RM20 di Twitter, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Video lucah mirip Syafiq Kyle dijual RM20 di Twitter
Link Artikel/Video : Video lucah mirip Syafiq Kyle dijual RM20 di Twitter

Baca juga


Video lucah mirip Syafiq Kyle dijual RM20 di Twitter


KUALA LUMPUR- Industri hiburan tanah air sekali lagi kecoh apabila sebuah video lucah milik lelaki mirip pelakon kacak, Syafiq Kyle tular dijual pada harga RM20 di laman Twitter sejak malam Ahad.

Video yang menampakkan individu di dalamnya seakan-akan pelakon yang kini popular dengan drama bersiri Nur itu sedang berbual dengan seorang wanita dikenali sebagai Mira menerusi sembang video tentang melakukan hubungan kelamin jika mereka berjumpa.

Menerusi video itu juga, lelaki tersebut dilihat memegang alat sulitnya untuk ditunjukkan kepada Mira.

Menurut sumber, video tersebut sudah mula tersebar sejak Jumaat lalu namun menjadi tular apabila ia mula diletakkan harga sejak malam Ahad.

Biarpun wajah lelaki itu hampir serupa dengan Syafiq atau nama sebenarnya Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak, 26, rata-rata peminat meluahkan rasa tidak percaya dan meminta penjelasan aktor tersebut dengan membanjiri ruang komen di laman sosial Instagram pelakon berkenaan.

Sehingga kini, tiada sebarang penjelasan atau kenyataan yang dibuat oleh Syafiq di mana-mana platform laman sosialnya malah turut tidak memberikan sebarang respon kepada panggilan telefon atau mesej WhatsApp.

Sementara itu, pengurus Syafiq, Shawn Ameer memohon agar peminat bersabar menunggu kenyataan rasmi berkenaan video ini yang akan dikeluarkan secepat mungkin.

“Kami sedang membincangkan hal ini dengan serius dan meminta agar semua pihak bersabar,” katanya menerusi mesej WhatsApp kepada Kosmo!.

Terdahulu, pelakon Zul Arifin turut mengalami hal sama apabila video alat kelaminnya tersebar di laman sosial beberapa bulan lalu.

Sumber - K! ONLINE
Gambar TR