Isu Lantikan Peguam Negara, INI KOMEN PADU Rais Yatim!

Isu Lantikan Peguam Negara, INI KOMEN PADU Rais Yatim! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Isu Lantikan Peguam Negara, INI KOMEN PADU Rais Yatim!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Isu Lantikan Peguam Negara, INI KOMEN PADU Rais Yatim!
Link Artikel/Video : Isu Lantikan Peguam Negara, INI KOMEN PADU Rais Yatim!

Baca juga


Isu Lantikan Peguam Negara, INI KOMEN PADU Rais Yatim!

SHAH ALAM: Keputusan kerajaan Pakatan Harapan mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dilihat tidak menyalahi undang-undang.

Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, ia tidak bercanggah dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, iaitu Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan atas nasihat perdana menteri.

"Ikut Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong dengan pengecualian sangat terhad, perlu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti termaktub dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan," katanya menerusi Twitternya hari ini.

Justeru, Rais meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibiarkan untuk menjalankan tugas dengan Kabinetnya.

"Tidak ada yang salah dengan Tommy Thomas sebagai AG.

"Hentikan percanggahan ini apabila tidak ada alasan undang-undang untuk menimbulkan masalah," katanya.

Tommy merupakan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, sebulat suara dipilih pemimpin Harapan bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Difahamkan, Dr Mahathir sebelum ini menulis surat kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk memohon perkenan pemecatan Mohamed Apandi, namun tiada tindakan selanjutnya.

Sumber AWANI