'Keluar nanti tembak dia', polis tahan peguam didakwa ugut DPP

'Keluar nanti tembak dia', polis tahan peguam didakwa ugut DPP - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Keluar nanti tembak dia', polis tahan peguam didakwa ugut DPP, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Keluar nanti tembak dia', polis tahan peguam didakwa ugut DPP
Link Artikel/Video : 'Keluar nanti tembak dia', polis tahan peguam didakwa ugut DPP

Baca juga


'Keluar nanti tembak dia', polis tahan peguam didakwa ugut DPP


GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengesahkan telah menahan seorang peguam bela selepas dia didakwa melakukan ugutan terhadap seorang pegawai Timbalan Pendakwaraya (DPP) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis lepas.

Ketua Polis Negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, lelaki itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat pengadu berusia 40 tahun.

"Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan dan kes ini kita siasat di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Thaiveegan memaklumkan kertas siasatan juga akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut.

Pada 31Mei lepas, seorang pegawai pendakwaraya membuat laporan  polis selepas mendakwa menerima ugutan daripada seorang peguam selepas selesai mendengar keputusan berkaitan satu kes dadah.

Peguam terbabit yang terlibat dalam kes pembelaan kes berkenaan didakwa telah mengeluarkan perkataan 'keluar nanti tembak dia' sambil menunjukkan isyarat tangan menembak mengacu ke arah pengadu sewaktu  berbual dengan anak guamnya pada hari berkenaan.

Berikutan itu, pengadu yang bertindak sebagai pihak pendakwaan bagi kes tersebut telah membuat laporan polis kerana bimbang  keselamatannya terancam.

Sumber AWANI