Kanak-kanak 7 tahun maut terkena mercun

Kanak-kanak 7 tahun maut terkena mercun - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kanak-kanak 7 tahun maut terkena mercun, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kanak-kanak 7 tahun maut terkena mercun
Link Artikel/Video : Kanak-kanak 7 tahun maut terkena mercun

Baca juga


Kanak-kanak 7 tahun maut terkena mercun


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas empat hari menerima rawatan di hospital akibat cedera parah terkena mercun, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian 14 Jun lalu di kediaman keluarganya di Felda Papan Timur, Kota Tinggi, mangsa, Nuraqira Khaeefa Muhamad Saad, 7, ditemui tidak sedarkan diri selepas cedera di bahagian kepala 
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah bagaimanapun berkata, kejadian itu hanya dilaporkan kepada polis semalam. 

"Kes berkenaan hanya dilaporkan kepada polis semalam. Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan/Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958 dan Seksyen 33 Akta Kanak-kanak. 

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian, tampil menghubungi polis Kota Tinggi atau Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Asp Azizul Hamsar. 

Difahamkan, jenazah kanak-kanak itu telah dibawa pulang ke rumah datuknya dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Papan Timur, pagi tadi.

Sumber TR