Curi gula-gula kedai runcit HKL, penganggur dipenjara

Curi gula-gula kedai runcit HKL, penganggur dipenjara - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Curi gula-gula kedai runcit HKL, penganggur dipenjara, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Curi gula-gula kedai runcit HKL, penganggur dipenjara
Link Artikel/Video : Curi gula-gula kedai runcit HKL, penganggur dipenjara

Baca juga


Curi gula-gula kedai runcit HKL, penganggur dipenjara


Seorang penganggur yang mencuri pelbagai jenis gula-gula penyaman tekak dan coklat di kedai runcit Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam dipenjara tiga minggu oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, hari ini.
Majistret Wong Chai Sia menjatuhi hukuman itu ke atas Nor Zaidi Nong, 45, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri 15 paket Strepsils, 16 peket Fisherman’s Friend dan 41 peket coklat keseluruhan bernilai RM304 milik Hospimart Shoppe Sdn Bhd.

Dia melakukan perbuatan itu di Hospimart Shoppe, aras bawah bangunan lama HKL, pada kira-kira 7.44 pagi, 18 Jun mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 18 Jun.

Ketika rayuan, Nor Zaidi yang tidak diwakili peguam memohon maaf kepada mahkamah atas perbuatannya dan merayu hanya dijatuhi hukuman ringan namun Timbalan Pendakwa Raya K.Vasugi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. - Bernama

Sumber TR