'Kasihanilah saya yang penat bekerja' - Mawar Rashid nekad buat laporan polis!

'Kasihanilah saya yang penat bekerja' - Mawar Rashid nekad buat laporan polis! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Kasihanilah saya yang penat bekerja' - Mawar Rashid nekad buat laporan polis!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Kasihanilah saya yang penat bekerja' - Mawar Rashid nekad buat laporan polis!
Link Artikel/Video : 'Kasihanilah saya yang penat bekerja' - Mawar Rashid nekad buat laporan polis!

Baca juga


'Kasihanilah saya yang penat bekerja' - Mawar Rashid nekad buat laporan polis!

KUALA LUMPUR: Pelakon Mawar Rashid bertekad membuat laporan polis bagi menuntut bayaran yang masih tertunggak daripada individu yang menjadi orang tengah ketika menjayakan satu kempen promosi, tahun lalu.

Mawar, 23, mendakwa, dia masih menanti individu terbabit melunaskan bayaran RM15,000 selepas semua urusan berkaitan kempen itu diselesaikan Oktober lalu.

"Perkara ini sudah berlarutan sejak hampir sembilan bulan lalu. Setiap kali ditanya, dia akan memberikan pelbagai alasan, termasuk mendakwa masih belum menerima bayaran daripada klien.

"Perkara itu membuatkan wakil pengurusan saya bertanyakan terus kepada klien untuk mengetahui kedudukan sebenar. Kami dimaklumkan bayaran penuh sudah dijelaskan kepada individu yang menjadi ejen menguruskannya.

"Bukan hanya saya, beberapa artis lain seperti Raja Ilya dan Chacha Maembong difahamkan, turut menjadi mangsa individu itu," katanya kepada BH Online.

Pelakon yang popular menerusi drama Suamiku Paling Sweet itu berkata, individu terbabit ada menghantar mesej kepada pengurusnya, baru-baru ini dan berjanji untuk menyelesaikan perkara itu akhir bulan ini.

"Sebagai langkah keselamatan, saya ambil keputusan untuk membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang, Shah Alam. Saya berharap dia dapat menunaikan janjinya memandangkan sudah lama saya menanti bayaran itu.

"Kasihanilah saya yang bertungkus-lumus bekerja," katanya yang turut memuat naik video menerusi Instagram Story bersama Raja Ilya sedang membuat laporan polis.

Sumber BH