Pegawai CIQ main telefon, lambat masuk kerja

Pegawai CIQ main telefon, lambat masuk kerja - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pegawai CIQ main telefon, lambat masuk kerja, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pegawai CIQ main telefon, lambat masuk kerja
Link Artikel/Video : Pegawai CIQ main telefon, lambat masuk kerja

Baca juga


Pegawai CIQ main telefon, lambat masuk kerja


JOHOR BAHRU: Pegawai yang melayari telefon bimbit mereka semasa waktu bekerja adalah antara aduan yang ditekankan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di sini.

Terdapat juga beberapa pegawai yang datang lambat ke tempat kerja mengakibatkan beberapa kaunter di kompleks Bangunan CIQ Sultan Iskandar tidak dibuka tepat pada waktunya.

Ia adalah maklum balas yang telah dikemukakan kepada pengerusi jawatankuasa kerja, infrastruktur dan pengangkutan Johor, Mazlan Bujang.

Bagi mengatasi isu tersebut, jawatankuasa khas telah ditubuhkan termasuk kemungkinan meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) di semua kaunter imigresen di CIQ.

"Ini adalah tuduhan yang serius terhadap isu disiplin.

"Kami perlu memperbaiki keadaan di CIQ untuk memastikan kami dapat membantu mengurangkan kesesakan.

"Dan, tidak ada gunanya untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana terdapat banyak agensi yang beroperasi di CIQ," kata Mazlan.

Beliau berkata lebih CCTV diperlukan untuk meningkatkan keselamatan dengan segera, sambil menambah bahawa sebanyak RM90 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan di CIQ tersebut.

"Kita perlu melihat langkah jangka panjang," katanya, sambil menambah bahawa beliau telah mengadakan lawatan selama dua jam ke CIQ baru-baru ini.

Sebelum ini, The Star melaporkan bahawa dua lintasan tanah negeri dengan Singapura - CIQ Johor Bahru dan CIQ lain di Link Kedua - memerlukan pembaikan segera.

Antara isu yang diketengahkan termasuk keperluan untuk mempunyai lebih banyak kakitangan, gantri, bonggol dan CCTV.

Selain Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam juga menghadapi masalah kerana ia tidak mempunyai mesin pengimbasan yang mencukupi di kedua-dua CIQ sehingga menyebabkan kesesakan.

Selain itu, kerosakan mesin pengimbas yang sering berlaku turut menjadi punca kepada kesesakan.

Sumber Mstar