SST maksudnya 'senyap-senyap tambah'...

SST maksudnya 'senyap-senyap tambah'... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk SST maksudnya 'senyap-senyap tambah'..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : SST maksudnya 'senyap-senyap tambah'...
Link Artikel/Video : SST maksudnya 'senyap-senyap tambah'...

Baca juga


SST maksudnya 'senyap-senyap tambah'...

SEORANG wakil pembangkang menyifatkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan kerajaan, turut membawa maksud ‘senyap-senyap tambah’.

Dalam nada bersahaja, Datuk Ahmad Maslan (BN-UMNO Pontian) menggunakan ungkapan itu bagi memulakan perbahasan Perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Perkhidmatan 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.

“SST ini boleh kita anggap sebagai 'senyap-senyap tambah'. Kalau di luar sana, anak muda kata 'slow-slow tipu',” katanya sambil disambut gelak tawa Ahli Parlimen lain.

Ahmad memberi contoh, cukai perkhidmatan enam peratus akan menyebabkan premis perniagaan dan restoran makanan segera mengaut untung berganda kerana sudah mengenakan cukai jualan 10 peratus.

“Kesannya, pengguna perlu menanggung keseluruhan cukai 16 peratus bagi setiap produk dan perkhidmatan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mencadangkan pusat kasino, premis loteri, mesin perjudian dan pertaruhan dikenakan cukai perkhidmatan sehingga 30 peratus.

“Mengapa hanya enam peratus? Patut dikenakan lebih daripada itu, malah kalau boleh, tutup terus lagi bagus,” katanya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya bersedia kerana harga kad prabayar telefon bimbit dijangka meningkat selepas cukai jualan dilaksanakan.

“Saya harap masyarakat akan membantu kami menggunakan media sosial untuk ‘menghentam’ kerajaan PH kerana harga kad prabayar anda naik,” katanya.

Sumber HM