Rafizi pilih low profile, mahu tumpu bisnes

Rafizi pilih low profile, mahu tumpu bisnes - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Rafizi pilih low profile, mahu tumpu bisnes, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Rafizi pilih low profile, mahu tumpu bisnes
Link Artikel/Video : Rafizi pilih low profile, mahu tumpu bisnes

Baca juga


Rafizi pilih low profile, mahu tumpu bisnes


KEMAMAN: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang sebelum PRU14 lalu lantang mengkritik kerajaan BN sekarang memberi tumpuan terhadap perniagaannya.

Rafizi berkata, beliau sekarang mengusahakan bisnes sendiri iaitu menguruskan syarikat yang mengendalikan analisa data.

"Syarikat saya memproses dan menganalisa data. Namun begitu, saya masih lagi berada dalam Pakatan Harapan (Harapan), saya masih Naib Presiden PKR.

"Saya juga akan bantu untuk menangkan Harapan di Terengganu dalam PRU akan datang dan dalam tempoh tiga empat tahun ini saya akan kerap balik ke Terengganu," katanya.
Beliau yang juga Ketua PKR Cabang Kemaman berkata demikian ketika berucap pada Majlis Keraian Aidilfitri PKR Dun Air Putih 2018 di Dewan Felda Neram 2, Jumaat.

Hadir sama bekas calon PKR Dun Air Putih PRU14, Zukri Aksah dan bekas calon PKR Parlimen Kemaman PRU14, Mohd Huzaifah Md Suhaimi.

Rafizi dilihat bersifat lebih 'low profile' selepas satu kenyataan yang dikeluarkannta selepas PRU14 lalu menimbulkan kontroversi.

Menerusi kenyataan itu Rafizi mendakwa bahawa pelantikan pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai menteri kanan dibuat Tun  Dr Mahathir Mohamad tanpa rundingan dengan PKR.

Dalam pada itu, Rafizi yang berasal dari Kemaman berkata, Kemaman dan Terengganu mempunyai harapan besar untuk menyaksikan peralihan kuasa pada PRU15, lima tahun akan datang.

Sumber MS