Terkini: Anwar dikejarkan ke hospital, mohon doakan

Terkini: Anwar dikejarkan ke hospital, mohon doakan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Terkini: Anwar dikejarkan ke hospital, mohon doakan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Terkini: Anwar dikejarkan ke hospital, mohon doakan
Link Artikel/Video : Terkini: Anwar dikejarkan ke hospital, mohon doakan

Baca juga


Terkini: Anwar dikejarkan ke hospital, mohon doakan


ANWAR Ibrahim dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan kerana sukar bergerak selepas pulang dari Turki.

Anak kepada ketua umum PKR itu, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau dikejarkan ke hospital berdekatan.

"Ya, serius," katanya kepada The Malaysian Insight hari ini.

Menurut sumber, Anwar sukar bergerak berikutan masalah tulang belakangnya.

Beliau tiba dari Turki sekitar jam 5 petang hari ini.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan malam ini berkata, Anwar dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Menurutnya, Anwar berada dalam keadaan stabil.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata Anwar akan ditahan di wad untuk pemantauan.

Anwar pernah menjalani pembedahan di bahu kiri pada November tahun lalu selepas terbabit dalam kemalangan pada September 2017.

Beliau ke Turki bagi memberi sokongan kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang bertanding untuk mempertahankan jawatannya.
Berita lanjut menyusul
Sumber TMI