SAHIH! Bekas Gitaris Ekamatra Dihukum 10 Tahun Penjara

SAHIH! Bekas Gitaris Ekamatra Dihukum 10 Tahun Penjara - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk SAHIH! Bekas Gitaris Ekamatra Dihukum 10 Tahun Penjara, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : SAHIH! Bekas Gitaris Ekamatra Dihukum 10 Tahun Penjara
Link Artikel/Video : SAHIH! Bekas Gitaris Ekamatra Dihukum 10 Tahun Penjara

Baca juga


SAHIH! Bekas Gitaris Ekamatra Dihukum 10 Tahun Penjara


ALOR SETAR: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas pemain gitar kumpulan Ekamatra atas kesalahan menyebabkan kematian pada Februari lalu.

Tertuduh, Md Nurul Azman Salilholdin @ Salilhaldin, 44, dari Johor mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan hakim, Juraidah Abbas.

Dalam membuat keputusan itu, Juraidah berkata beliau berpuas hati dengan kes pendakwaan dan turut mengambil kira pengakuan tertuduh.

Md Nurul Azman didakwa menyebabkan kematian Kau Fu Eng, 71, antara pukul 2 petang hingga 6 petang pada 25 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Malaysia di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Ekamatra popular pada tahun 1990-an dengan lagu ‘Pusara Di Lebuh Raya‘ dan ‘Sentuhan Kecundang‘.-Mstar

Kredit PT