(Video) Mercun naga dibakar sekumpulan kanak-kanak tersasar ke gerai mercun

(Video) Mercun naga dibakar sekumpulan kanak-kanak tersasar ke gerai mercun - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk (Video) Mercun naga dibakar sekumpulan kanak-kanak tersasar ke gerai mercun, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Media Sosial, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : (Video) Mercun naga dibakar sekumpulan kanak-kanak tersasar ke gerai mercun
Link Artikel/Video : (Video) Mercun naga dibakar sekumpulan kanak-kanak tersasar ke gerai mercun

Baca juga


(Video) Mercun naga dibakar sekumpulan kanak-kanak tersasar ke gerai mercun


Orang ramai yang sibuk membeli keperluan hari raya di saat akhir dikejutkan dengan kebakaran gerai menjual bunga api dan mercun di depan sebuah bank di Bandar Bahau, Jempol, malam tadi.

Sumber berkata, kejadian pada 10.15 malam dipercayai berlaku akibat mercun naga yang dibakar sekumpulan kanak-kanak tersasar ke gerai menjual bahan larangan itu.

Katanya, kejadian itu menyebabkan kebakaran tercetus dan api marak sehingga merosakkan siling di kaki lima bank berkenaan.



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dan polis masih menjalankan siasatan punca sebenar kejadian kebakaran gerai menjual mercun serta bunga api yang videonya tular di media sosial, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bahau Ahmad Hafezze Mat Junoh berkata, ketika kejadian pada 9.49 malam itu, sebuah jentera sedang menjalankan rondaan sebelum ke lokasi kejadian di hadapan sebuah bank di Bandar Bahau.





"Sebaik tiba, api daripada letupan sudah dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api dan air paip berdekatan.

"Bomba kemudian melakukan kerja pemadaman sepenuhnya. Selain kebakaran gerai itu, lima peratus struktur hadapan sebuah bank rosak dan beberapa kenderaan turut dilaporkan rosak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber: Harian Metro
Kredit TR