WIN! Ini Komen Najib Bila Kerajaan PH Teruskan Projek DFTZ Beliau...

WIN! Ini Komen Najib Bila Kerajaan PH Teruskan Projek DFTZ Beliau... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk WIN! Ini Komen Najib Bila Kerajaan PH Teruskan Projek DFTZ Beliau..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : WIN! Ini Komen Najib Bila Kerajaan PH Teruskan Projek DFTZ Beliau...
Link Artikel/Video : WIN! Ini Komen Najib Bila Kerajaan PH Teruskan Projek DFTZ Beliau...

Baca juga


WIN! Ini Komen Najib Bila Kerajaan PH Teruskan Projek DFTZ Beliau...

Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa gembiranya apabila kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak membatalkan projek Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang dimulakan pentadbirannya.

"Saya berterima kasih kerana DFTZ yang diusahakan kerajaan BN sebelum ini - dari konsepsi sehingga pelancarannya yang pantas - bersama-sama Alibaba tidak dibatalkan oleh kerajaan HARAPAN," kata bekas perdana menteri itu dalam kenyataan di Facebook malam ini.

Beliau berkata DFTZ berpotensi mewujudkan kira-kira 60,000 peluang pekerjaan dan memudahkan perdagangan barangan sehingga AS$65 bilion menjelang 2025.

"Inisiatif seperti DFTZ juga menjadi alat untuk menyediakan golongan muda bagi bidang pekerjaan yang belum pun wujud pada masa ini.

"Ekonomi digital adalah sektor yang paling pantas berkembang dalam ekonomi kita. Pada masa ini, ia merangkumi 18.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dijangka bertumbuh dan menyumbang kepada 20 peratus KDNK negara menjelang 2020," katanya.

Najib juga mengucapkan tahniah kepada Alibaba atas perasmian pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini, yang merupakan pejabat pertama syarikat e-dagang itu di luar China dan di Asia Tenggara.

Bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan telah menyemak semula projek-projek mega oleh kerajaan terdahulu dalam usaha mengurangkan hutang negara.

Namun Mahathir menyifatkan DFTZ sebagai insiatif yang baik dan berkata ia akan diteruskan.

Pengerusi Eksekutif Alibaba, Jack Ma hari ini turut mengadakan pertemuan dengan Mahathir di pejabatnya di Putrajaya.

Beliau sebelum ini dilantik sebagai penasihat ekonomi digital kerajaan oleh kerajaan BN pada November 2016.

Sumber MK