Bahana minum kopi campur peluntur

Bahana minum kopi campur peluntur - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Bahana minum kopi campur peluntur, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Bahana minum kopi campur peluntur
Link Artikel/Video : Bahana minum kopi campur peluntur

Baca juga


Bahana minum kopi campur peluntur

GUA MUSANG - Seorang suri rumah nyaris maut apabila mengalami sesak nafas dan pedih usus selepas beberapa jam minum kopi yang dicampur cecair peluntur.

Mangsa, Siti Hajar Abdullah, 30, dari Taman Agropolitan Rantau Manis, berkata, dia memberanikan diri mencuba campuran berkenaan selepas diberitahu ia adalah sejenis kopi antiracun.

Kata ibu kepada empat anak ini, dia terpengaruh dengan keberkesanan kopi tersebut kerana sebelum ini disahkan menghidap komplikasi penyakit termasuk buah pinggang, jantung, darah tinggi dan bengkak hati.

"Saya diajak seorang rakan untuk menghadiri parti produk berkenaan di salah sebuah rumah di kawasan perumahan saya. Seramai 20 orang hadir dalam majlis berkenaan.

"Penjual itu mendakwa kopi berkenaan adalah anti racun, anti kanser, mampu menurunkan kadar gula dalam darah, merawat batu karang dan meningkatkan metabolisme.

"Untuk membuktikan kopi itu antiracun, penjual terbabit mencampurkan cecair peluntur dan menyuruh kami minum. Saya ingatkan ia tidak bahaya dan boleh memberikan kesihatan yang baik," katanya.

Tambah Siti Hajar, beberapa jam selepas itu, dia mengalami sakit di bahagian usus dan panas di tekak sehingga menyukarkan pernafasan.

"Saya tahan sakit sendirian kerana takut dimarahi suami. Namun, ia semakin teruk dan saya tak boleh tahan sakit.

"Saya minum campuran itu pada petang Selasa dan Rabu baharu beritahu suami. Lalu suami bergegas bawa saya ke Hospital Gua Musang untuk rawatan.

"Saya ditahan di wad semalaman dan doktor tidak menolak kemungkinan, ia kesan sampingan kerana saya mempunyai banyak penyakit," katanya yang masih belum pulih sepenuhnya lagi.

Sumber SH