Ada kegiatan sabotaj dalam kerajaan ke?

Ada kegiatan sabotaj dalam kerajaan ke? - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ada kegiatan sabotaj dalam kerajaan ke?, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ada kegiatan sabotaj dalam kerajaan ke?
Link Artikel/Video : Ada kegiatan sabotaj dalam kerajaan ke?

Baca juga


Ada kegiatan sabotaj dalam kerajaan ke?

PUTRAJAYA - Semua ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan diarah menjalankan siasatan terhadap kemungkinan sabotaj berlaku dalam pentadbiran kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Katanya beliau juga telah mengarahkan mereka untuk sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan tindakan khianat yang bertujuan menjejaskan pentadbiran dan kerajaan semasa.

"Saya menyeru para penjawat awam untuk melaporkan sebarang perlakuan khianat kepada ketua-ketua setiausaha dan ketua-ketua perkhidmatan masing-masing.

"Saya sendiri akan menangani perkara tersebut," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan akhbar The Sun Daily bertajuk "Un-civil servants" hari ini mengenai sabotaj oleh penjawat awam senior terhadap pelan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Ali berkata tiada sebarang tolak ansur trhadap sebarang percubaan khianat untuk melemahkan kerajaan semasa dan pentadbirannya.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku, tanpa rasa takut atau memihak," katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pentadbiran awam akan sentiasa menghormati mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan semasa berikutan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mei lepas.

"Kedaulatan undang-undang dan tadbir urus yang baik harus didukung," kata Ali. - Bernama

Sumber SH