Tajuk : Pesara tetak isteri dipenjara 5 tahun, denda RM5,000
Link Artikel/Video : Pesara tetak isteri dipenjara 5 tahun, denda RM5,000
Pesara tetak isteri dipenjara 5 tahun, denda RM5,000
TEMERLOH - Seorang pesara kerajaan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah menetak isterinya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Tertuduh, Salmi Mat Seh, 69, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan hakim Azuar Che Yusof.
Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya dengan menetak kepalanya menggunakan pisau pemotong daging di Surau Taman Bunga Raya di sini pada pukul 6 pagi 11 Julai lalu.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Kesekaaan dibaca bersama Seksyen 326A Akta sama.
Jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Sekiranya tertuduh adalah suami isteri pasangan kepada mangsa hukuman yang dikenakan adalah dua kali ganda.
Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazieera Ra Sharifudin dalam rayuannya memohon supaya dikenakan hukuman sebat dikecualikan memandangkan tertuduh merupakan warga emas.
Dia yang tidak mempunyai rekod lampau juga merupakan seorang pesara dengan pendapatan RM1,000 sebulan, mempunyai dua tanggungan iaitu isteri dan anak tiri berusia 17 tahun yang masih bersekolah.
Oleh itu, pembelaan juga memohon supaya hukuman penjara dan denda mininmum dikenakan terhadap tertuduh.
Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmari Abdul Rahim, bagaimanapun memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman berat memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah serius.
Menurutnya, hukuman perlu mengambil kira kesan trauma yang dialami mangsa berdasarkan pengakuannya dan kepentingan awam memandangkan kejadian berkenaan berlaku di tempat awam.
Azuar menetapkan hukuman penjara 5 tahun serta denda RM5,000, jika gagal bayar hukuman 12 bulan penjara.
Sumber- K! ONLINE