Budak 8 tahun dirogol dan diliwat bapa tiri, seorang penganggur

Budak 8 tahun dirogol dan diliwat bapa tiri, seorang penganggur - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Budak 8 tahun dirogol dan diliwat bapa tiri, seorang penganggur, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Budak 8 tahun dirogol dan diliwat bapa tiri, seorang penganggur
Link Artikel/Video : Budak 8 tahun dirogol dan diliwat bapa tiri, seorang penganggur

Baca juga


Budak 8 tahun dirogol dan diliwat bapa tiri, seorang penganggur

KEMAMAN - Perbuatan durjana seorang lelaki mengkhianati amanah dengan merogol dan meliwat anak perempuan tirinya yang berusia lapan tahun dalam dua insiden berasingan baru-baru ini berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 25 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh yang merupakan seorang penganggur berusia 54 tahun mengaku bersalah setelah kertas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki terbabit didakwa melakukan perbuatan merogol mangsa yang merupakan murid tahun dua di sebuah sekolah di daerah ini antara 1 hingga 22 Jun lalu manakala bagi perbuatan liwat pula, ia didakwa berlaku di rumah mereka di daerah ini pada 13 Julai lalu.

Bapa tiri mangsa didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377C akta sama kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Marsilawati Mohamad Shah manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

- K! ONLINE