'LTTE bukan kumpulan pengganas'

'LTTE bukan kumpulan pengganas' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'LTTE bukan kumpulan pengganas', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'LTTE bukan kumpulan pengganas'
Link Artikel/Video : 'LTTE bukan kumpulan pengganas'

Baca juga


'LTTE bukan kumpulan pengganas'

KUALA LUMPUR: Seorang wakil pembangkang, Datuk C Sivaraajh (BN-MIC Cameron Highlands) menarik perhatian apabila mendakwa Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) bukan kumpulan pengganas.

Sebaliknya, beliau yang juga Ketua Pemuda MIC mendakwa LTTE lebih menjurus kepada kumpulan pejuang kebebasan seperti kumpulan lain yang terbabit dalam gerakan pembebasan penindasan.

"Saya ingin tegaskan di Dewan yang mulia ini, LTTE bukan satu kumpulan pengganas tetapi pejuang kebebasan. Kita harus memberi penghormatan kepada kumpulan ini dan menjaga sentimen kaum lain.

"Begitu juga saya mohon jangan analisis sejarah mengikut hati sehingga menimbulkan kemarahan kepada orang dan kaum lain," katanya ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Selama tiga dekad, LTTE dikatakan bermaharajalela dengan mencetuskan pelbagai serangan dan konflik etnik di Sri Lanka.

LTTE turut dilabel sebagai pengganas antarabangsa oleh 32 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) selain berstatus dikehendaki di India.

Sivaraajh turut menyokong usaha meminda Akta 164 Perlembagaan Persekutuan bagi menggugurkan Fasal 88A mengenai penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan perlu mendapat persetujuanibu bapa.

"Ini adalah peluang keemasan bagi kerajaan meminda akta berkenaan," katanya.

Sumber BH