Pertikaian Asri-Ramasamy selesai, kata Mujahid

Pertikaian Asri-Ramasamy selesai, kata Mujahid - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pertikaian Asri-Ramasamy selesai, kata Mujahid, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pertikaian Asri-Ramasamy selesai, kata Mujahid
Link Artikel/Video : Pertikaian Asri-Ramasamy selesai, kata Mujahid

Baca juga


Pertikaian Asri-Ramasamy selesai, kata Mujahid

Laporan pertikaian antara Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan Mufti Perlis Datuk Seri Mohd Asri Zainul Abidin telah diselesaikan susulan pertemuan mereka tengah hari ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mujahid Yusof Rawa yang mengaturkan pertemuan tersebut berkata kedua-dua tokoh itu telah menyelesaikan perbezaan mereka mengenai pendakwah Zakir Naik dan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

"Mereka berdua bersetuju bahawa isu yang dikaitkan dengan LTTE ini diserahkan kepada pihak authority.

"Dan yang kedua berkenaan isu Zakir Naik juga, mereka juga bersetuju perkara itu akan diserahkan kepada pihak kerajaan. Apa yang diputuskan oleh kabinet itu adalah perkara yang mereka terima," kata Mujahid kepada pemberita pada sidang akhbar bersama Ramasamy dan Asri di lobi Kompleks Islam Putrajaya.

Mujahid berkata pertemuan yang berlangsung selama 40 minit itu berjalan dalam suasana mesra dan kedua-dua tokoh itu mendapati mereka berkongsi beberapa persamaan.

"Pertemuan tadi berlangsung mesra...tiada ada apa-apa yang boleh dianggap sebagai pertemuan yang terpaksa atau ada apa-apa perkara yang tidak elok.

"Mereka dapat kenal mengenali antara satu sama lain," kata Mujahid.

Pertikaian timbul selepas mufti Perlis itu mencadangkan debat antara Ramasamy dan Zakir mengenai 'siapa pengganas sebenar' merujuk dakwaan wakil rakyat DAP itu dengan LTTE.

Sumber Mk