Tun Mahathir pengerusi baru Khazanah, Azmin pengarah

Tun Mahathir pengerusi baru Khazanah, Azmin pengarah - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Tun Mahathir pengerusi baru Khazanah, Azmin pengarah, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Tun Mahathir pengerusi baru Khazanah, Azmin pengarah
Link Artikel/Video : Tun Mahathir pengerusi baru Khazanah, Azmin pengarah

Baca juga


Tun Mahathir pengerusi baru Khazanah, Azmin pengarah

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan pengerusi Khazanah Nasional Berhad selepas peletakan jawatan beramai-ramai ahli lembaga pengarahnya baru-baru ini.

Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah.

Tan Sri Mohd Hassan Marican, yang juga ahli majlis penasihat kerajaan, juga disenaraikan dalam lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Dua lagi ahli lembaga pengarah yang lain ialah Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin.

Sukhdave merupakan bekas timbalan gabenor Bank Negara manakala Goh adalah pengarah di Maybank Asset Management Group Berhad dan pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi pembangunan pasaran.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai pengerusi Khazanah pada 31 Mei selepas BN tewas pada pilihan raya umum ke-14.

Sukhdave meletak jawatan dari Bank Negara pada November tahun lepas, sebulan sebelum umur persaraannya.

Dalam kenyataannya, Pejabat Perdana Menteri berkata pengarah urusan Khazanah akan diumumkan kemudian.

Sumber MK