'Dia memang sakit, bukan isu 1MDB!'

'Dia memang sakit, bukan isu 1MDB!' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Dia memang sakit, bukan isu 1MDB!', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, Info Sukan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Dia memang sakit, bukan isu 1MDB!'
Link Artikel/Video : 'Dia memang sakit, bukan isu 1MDB!'

Baca juga


'Dia memang sakit, bukan isu 1MDB!'

“MANA ada. Itu fitnah... ada ke yang cakap? Saya jumpa dia di rumahnya pagi Selasa lalu dan dia memang ada masalah pernafasan,” kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq berkata demikian ketika menafikan desas-desus kononnya penarikan diri jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China, bermula hari ini disebabkan akaun banknya dibekukan kerana dikaitkan dengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tak perlu kita melemparkan fitnah kepada atlet. Perbezaan ideologi politik tidak bermakna jasa seseorang atlet (termasuk Chong Wei) dilupakan.

“Ada ke yang cakap (mengenai isu berkenaan)... tak fikir ke? Kesian kalau orang cakap macam itu... agak-agaklah dan bagaimana keluarganya tahu (mengenai fitnah itu).

“Dia sakit... ada pula kaitkan dengan 1MDB. Kalau saya tahu, saya akan bagi jawapan tapi ini bukan (hanya fitnah),” katanya ketika ditemui NSTP pada program penghargaan komuniti Citra Raya di Desa Keroma Eco Resort di sini, semalam.

Chong Wei baru-baru ini mengesahkan tidak beraksi pada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia 2018 selepas mengalami masalah pernafasan yang menyaksikan dia terpaksa berehat selama sebulan.

Difahamkan jaguh badminton negara itu kini mendapatkan rawatan lanjut berkaitan masalah pernafasan yang dialaminya di Taiwan.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, beliau berharap Chong Wei dan keluarganya dapat bersabar dan mendoakan atlet terbaik negara itu kembali pulih secepat mungkin.

Katanya, ini kerana Chong Wei bukan hanya sumber inspirasi kepada beberapa individu malah jutaan rakyat Malaysia.

Sumber HM