Sabah: 150 rumah hangus, 1,000 hilang tempat tinggal

Sabah: 150 rumah hangus, 1,000 hilang tempat tinggal - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Sabah: 150 rumah hangus, 1,000 hilang tempat tinggal, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Sabah: 150 rumah hangus, 1,000 hilang tempat tinggal
Link Artikel/Video : Sabah: 150 rumah hangus, 1,000 hilang tempat tinggal

Baca juga


Sabah: 150 rumah hangus, 1,000 hilang tempat tinggal

KOTA KINABALU: Hampir 1,000 penduduk hilang tempat tinggal selepas kira-kira 150 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata 2, Likas di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, api dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat berikutan kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain, selain diperbuat daripada papan.

Difahamkan, seorang wanita melecur di bahagian belakang badan akibat kejadian itu, namun tiada membabitkan kehilangan nyawa.

Kebanyakan penghuni tinggal sehelai sepinggan apabila tidak sempat menyelamatkan barangan berharga termasuk perabot serta peralatan rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Hamsah Isnurdini, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.17 petang sebelum menghantar lima jentera bersama 41 anggota ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, sebanyak 10 rumah terbakar, bagaimanapun, jarak rumah yang rapat menyebabkan api merebak dengan pantas.

"Api berjaya dikawal pada jam 3 petang sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.52 petang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Hamsah berkata, pihaknya turut berhadapan dengan kesukaran ketika memadamkan kebakaran.

"Antaranya, rumah dibina dengan terlalu rapat sehingga menyukarkan anggota bomba mengawal api, laluan yang sempit dan orang terlalu ramai," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima bantuan daripada pasukan Bomba Sukarelawan kampung terbabit dan penduduk kampung.

"Penduduk kampung ramai yang cuba membantu memadamkan kebakaran, namun pihak bomba ada prosedur dalam memadam api bagi menghalang kebakaran merebak.

"Oleh itu, kerjasama daripada penduduk sangat diperlukan sekiranya berlaku kebakaran seperti ini," katanya.

Sumber BH