Ustaz cabul lima anak murid lelaki diberkas polis

Ustaz cabul lima anak murid lelaki diberkas polis - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ustaz cabul lima anak murid lelaki diberkas polis, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ustaz cabul lima anak murid lelaki diberkas polis
Link Artikel/Video : Ustaz cabul lima anak murid lelaki diberkas polis

Baca juga


Ustaz cabul lima anak murid lelaki diberkas polis

BALIK PULAU - Seorang guru pendidikan Islam di sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini diberkas selepas dipercayai mencabul lima anak muridnya semasa sesi pembelajaran semalam.

Suspek berusia 40 tahun ditahan di pekarangan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya di sini kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan berkata, tangkapan ke atas guru terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima enam laporan polis yang dibuat daripada mangsa termasuk saksi dan waris pelajar.

"Suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan kes cabul yang dikatakan berlaku sejak tahun lalu semasa sesi pembelajaran di sekolah berkenaan.

"Mangsa yang tampil membuat laporan terdiri murid-murid lelaki Tahun empat, lima dan enam sekolah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Gambar hiasan
Sumber- K! ONLINE