Terkejut ramai lelaki muda ajak kahwin

Terkejut ramai lelaki muda ajak kahwin - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Terkejut ramai lelaki muda ajak kahwin , kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, Info Media Sosial, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Terkejut ramai lelaki muda ajak kahwin
Link Artikel/Video : Terkejut ramai lelaki muda ajak kahwin

Baca juga


Terkejut ramai lelaki muda ajak kahwin

KAJANG - Pelakon Rita Rudaini memberitahu ramai lelaki muda mengajak dirinya mendirikan rumah tangga melalui direct message (DM) laman Instagram.

Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar berkata, dia terkejut apabila ramai yang merayu kepadanya untuk memberi peluang untuk berkenalan dengannya.

"Banyak kali saya menerima DM daripada lelaki tidak dikenali yang muda. Ada yang berani sehingga mengajak saya berkahwin.

"Bagaimanapun, saya tidak membalas langsung DM mereka kerana saya tidak teringin dan berkenan untuk mengenali mereka lebih lanjut," kata Rita, 42, yang ditemui Kosmo! pada pelancaran Najwa Medispa dan drama atas talian berjudul Projek Dapat Baby di Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Tambah pelakon filem Mami Jarum Junior itu lagi, dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selalu meminta dirinya untuk berkahwin sekali gus mendapatkan adik perempuan.

"Saya okey ingin berkahwin namun lelaki itu perlu memenangi dan menjaga hati anak-anak saya. Mereka selalu minta adik perempuan namun saya tiada calon suami lagi.

"Perasaan saya tidak penting kerana saya lebih mengutamakan perasaan anak-anak. Kalau orang tanya saya sunyi atau tidak, jawapan saya saya tiada masa untuk berasa sunyi dan kini bahagia," jelas Rita.

Rita bergandingan bersama aktor Tony Eusoff dalam drama atas talian berjudul Projek Dapat Baby yang akan ditayangkan melalui laman perkongsian video, YouTube.

Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini bawah jagaan Rita. - K! ONLINE