Tajuk : 11 plat khas Malaysia bakal jadi rebutan, harga pun boleh tahan!
Link Artikel/Video : 11 plat khas Malaysia bakal jadi rebutan, harga pun boleh tahan!
11 plat khas Malaysia bakal jadi rebutan, harga pun boleh tahan!
PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan satu poster mempromosikan senarai 11 nombor plat khas istimewa iaitu Malaysia akan tamat tarikh bidaan menjelang pukul 12 tengah hari pada 15 Ogos ini.
Poster yang dikirim menerusi aplikasi WhatsApp itu memaparkan plat Malaysia 5000, Malaysia 77, Malaysia 8055, Malaysia 6868, Malaysia 111, Malaysia 36, Malaysia 2018, Malaysia 1957, Malaysia 168, Malaysia 8888 dan Malaysia 509.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharudin Khalid, tawaran nombor plat istimewa yang dibuka kepada orang ramai itu dibuat selaras dengan bulan kemerdekaan pada tahun ini yang bertemakan Sayangi Malaysiaku.
“JPJ telah pun membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa siri Malaysia 1 hingga Malaysia 9999 kecuali Malaysia 2020 kepada orang awam secara tawaran bermula dari pukul 10.00 pagi pada 1 Ogos lalu hingga pukul 12 tengah hari pada 15 Ogos ini,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar hari ini.
Shaharudin berkata, JPJ menjangkakan kutipan hasil daripada tender dan penjualan bagi siri nombor pendaftaran ini bakal mencecah kutipan sebanyak RM20 juta.
“Sehingga kini, nilai bidaan dan jualan keseluruhan tertinggi bagi siri V iaitu RM22.48 juta diikuti siri F iaitu RM17.55 juta. Bidaan tertinggi bagi kedua-dua siri ini pula ialah V1 iaitu sebanyak RM989,780 manakala F1 ialah RM 836, 660," ujarnya.
Dalam pada itu, jelas beliau, harga tempahan penuh dalam borang tidak kurang daripada harga minima mengikut kategori iaitu nombor bernilai utama pada harga RM10,000, nombor menarik (RM2,000), nombor popular (RM300) dan nombor biasa (RM300).
Sumber- K! ONLINE