Terkejut bila tahu status hubungan Puteri Aishah & Datuk Faisal!

Terkejut bila tahu status hubungan Puteri Aishah & Datuk Faisal! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Terkejut bila tahu status hubungan Puteri Aishah & Datuk Faisal!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Terkejut bila tahu status hubungan Puteri Aishah & Datuk Faisal!
Link Artikel/Video : Terkejut bila tahu status hubungan Puteri Aishah & Datuk Faisal!

Baca juga


Terkejut bila tahu status hubungan Puteri Aishah & Datuk Faisal!

SHAH ALAM: Tokoh korporat terkenal, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, menafikan dakwaan beliau menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Puteri Aishah, seperti diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan ini.

Menurut Faisal, 38, hubungannya dengan bekas peserta Dewi Remaja 2012 itu adalah sekadar kawan biasa.

“Saya mengenalinya (Puteri Aishah) menerusi sepupu saya yang kebetulan berasal dari negeri sama dengannya, iaitu Negeri Sembilan.

“Tiada hubungan istimewa antara kami, sebaliknya antara saya dan dia hanyalah kawan biasa,” katanya kepada BH Online.

Diminta reaksinya apabila ramai yang menyangkakan beliau dan pelakon filem, Pulang, itu sedang berpacaran, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA itu menegaskan, tiada apa yang perlu diulas kerana mereka memang tidak bercinta.

Mengulas lakonan Puteri Aishah dalam filem arahan Kabir Bhatia itu pula, Faisal menyifatkan hasil kerja yang ditunjukkan aktres berusia 24 tahun terbabit sangat membanggakan.

“Ya, saya sudah menonton filem Pulang dan lakonannya sangat bagus. Saya amat bangga dengannya dan sebagai teman, saya sangat menyokong kerjayanya,” katanya yang tutur hadir pada majlis tayangan episod akhir drama bersiri Jangan Benci Cintaku bersama peminat di Ecoworld Gallery @ Eco Grandeur di Puncak Alam, di sini.

Terdahulu, dalam temubual berasingan, Puteri Aishah memberikan jawapan hampir senada dengan Faisal berhubung spekulasi yang bertebaran itu.

Gadis berkenaan turut menafikan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan ahli perniagaan terbabit.

Gosip mengaitkan mereka berdua mula diperkatakan apabila Faisal memuat naik gambar dan video bersama pelakon drama, Lelaki Itu Pemilik Hatiku, itu di akaun Instagram miliknya.

Tindakannya bukan sekadar menarik perhatian peminat pelakon berkenaan, malah rakan Faisal sendiri, sehingga ada yang mendoakan hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan.

Sumber BH