Apabila sifu bertemu sifu

Apabila sifu bertemu sifu - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Apabila sifu bertemu sifu, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Apabila sifu bertemu sifu
Link Artikel/Video : Apabila sifu bertemu sifu

Baca juga


Apabila sifu bertemu sifu

Jarang-jarang dapat menyaksikan dua tokoh daripada dua 'dunia' berbeza bertemu dan bertentang mata dalam satu-satu masa.

Namun itulah yang dapat disaksikan apabila pemimpin politik terkemuka, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu penyanyi dan komposer terkenal tanah air, Datuk M Nasir.

Menurut sumber dari pejabat Anwar, presiden PKR itu meluangkan masa kira-kira sejam bertemu M. Nasir di pejabatnya di Bukit Gasing, semalam.

Gambar-gambar pertemuan itu turut dimuatnaik dalam Facebook rasmi bekas ketua pembangkang itu.

"Tadi siang (semalam) Anwar Ibrahim luang masa bersama M. Nasir, nama besar yang bukan asing dalam lapangan muzik tanah air.

"Lagu beliau berjudul ‘Bila Rumi Menari’ yang berirama rancak dan sarat dengan mesej cinta dan falsafah itu ternyata memberi kesan yang mendalam pada AI (Anwar Ibrahim)," kata keterangan pada gambar-gambar berkenaan.

Selain M. Nasir, komposer terkenal, S. Amin Shahab turut bersama dalam pertemuan berkenaan.

"Semoga mereka terus kreatif berkarya dan terus mewarnai industri muzik tanah air," jelas kenyataan pada Facebook Anwar.

Terkenal dengan julukan sifu di kalangan penggiat seni, M Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamad merupakan personaliti yang cukup gah dalam industri hiburan tempatan.

Selain penyanyi dan komposer, beliau juga merupakan seorang pelakon, penerbit album, pengarah serta pelukis berbakat.

Sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan, M Nasir telah banyak melahirkan bintang terkenal sama ada secara berkumpulan mahupun solo seperti Search, Wings, Alleycats, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider, Mawi dan Misha Omar.
o

Manakala dalam dunia politik pula, nama Anwar tidak perlu lagi diperkenalkan sama ada di peringkat nasional mahupun di persada antarabangsa.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik - pernah menjadi individu nombor dua dalam kerajaan sebelum tersingkir ke penjara - serta menjadi tokoh utama gerakan reformasi dan pembangkang.

Bekas timbalan perdana menteri itu juga merupakan mentor kepada ramai pemimpin politik pada hari ini.

Sumber MK