Cincang kekasih sampai lumat

Cincang kekasih sampai lumat - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Cincang kekasih sampai lumat, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Cincang kekasih sampai lumat
Link Artikel/Video : Cincang kekasih sampai lumat

Baca juga


Cincang kekasih sampai lumat

NEW DELHI: Seorang pelancong Perancis dipukul hingga mati dan mayatnya dicincang hingga lumat, di selatan India, kata polis hari ini dan seorang pelajar lelaki mengaku bersalah melakukan jenayah itu.

Mayat lelaki berusia 68 tahun itu dijumpai dibungkus dalam tiga beg kecil di daerah Thanjavur, Tamil Nadu, pada Ahad.

Pegawai kanan polis, Senthil Kumar berkata, seorang pelajar berusia 29 tahun, ditahan, mengaku membunuh lelaki Perancis ketika bertengkar selepas pasangan itu mengadakan hubungan seks.

“Pelajar itu yang kecewa dan bertindak memukul lelaki itu di kepala menggunakan kayu menyebabkan dia pengsan,” katanya.

Kumar berkata kedutaan Perancis di New Delhi sudah dimaklumkan berhubung pembunuhan itu. Jurucakap kedutaan yang dihubungi AFP berkata tidak dapat memberikan sebarang maklum balas.

Sumber HM
(foto hiasan)