Tajuk : Penjawat awam pasti kecewa
Link Artikel/Video : Penjawat awam pasti kecewa
Penjawat awam pasti kecewa
JOHOR BAHRU - Pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipercayai akan mengecewakan penjawat awam di negara ini berikutan tiada kenaikan gaji bagi 2018.
Adun Machap, Abd Taib Abu Bakar berkata, setiap tahun penjawat awam akan menantikan berita gembira daripada kerajaan, namun tidak bagi tahun ini selepas peralihan kuasa pemerintahan kerajaan.
“Bagi kakitangan kerajaan tentu mereka kecewa sebab setiap tahun gaji mereka akan naik tetapi atas alasan kerajaan yang baru ini tiada duit maka penjawat awam perlu reda.
“Cuma kita tidak mahu nanti alasan oleh kerajaan PH adalah kerajaan BN yang menghabiskan kewangan negara hingga tidak mampu bagi kenaikan kepada penjawat awam,” katanya kepada Sinar Harian.
Abd Taib berkata, ketika zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun disifatkan oleh PH sebagai ‘songlap’ duit kerajaan, namun masih mampu tunai janji dengan kenaikan gaji.
“Kalau kedudukan kewangan kerajaan tidak mampu rasanya tidak perlu disemak, malah dapat gaji setiap bulan dan dapat pencen pun cukup baik.
“Mungkin Tun M ada perancangannya tersendiri dan mungkin akan datang apabila kewangan sudah pulih, kerajaan akan beri kenaikan berganda,” katanya.
Kelmarin, media melaporkan kerajaan belum bersedia untuk menaikkan gaji 1.6 juta penjawat awam, namun berjanji untuk melakukannya pada waktu yang bersesuaian.
Dr Mahathir berkata, kenaikan gaji itu memberi kesan kepada kerajaan yang ketika ini sedang memberi tumpuan untuk kurangkan hutang negara.
Sumber SH