Tajuk : Dah la berkhalwat, lepas tu hisap dadah! Janda anak 3 ditahan
Link Artikel/Video : Dah la berkhalwat, lepas tu hisap dadah! Janda anak 3 ditahan
Dah la berkhalwat, lepas tu hisap dadah! Janda anak 3 ditahan
JANDA anak tiga ditahan bersama pasangannya yang juga penagih dadah selepas rumah keluarga wanita itu di Kampung Baru, Song, diserbu pihak berkuasa, hari ini.
Dalam operasi kira-kira 2 pagi itu, Pejabat Agama Islam Baling menerima laporan daripada penduduk berkaitan perbuatan khalwat pasangan terbabit sebelum melakukan pemeriksaan lanjut.
Pegawai Agama Baling, Mohamad Naem Ahmad berkata, wanita berusia 28 tahun dan pasangannya berusia 35 tahun didapati dalam keadaan mencurigakan ketika diperiksa.
Difahamkan ketika serbuan, bapa janda terbabit turut berada di rumah.
"Dalam operasi itu kita menemui pasangan bukan mahram berada di dalam bilik rumah yang turut dipenuhi alat menghisap dadah.
"Ujian air kencing dilakukan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengesahkan pasangan itu positif dadah jenis syabu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Operasi yang tamat pada 3 pagi tadi, membabitkan 30 anggota dan pegawai dari Pejabat Agama Baling, AADK dan polis.
Mohamad Naem berkata, siasatan mendapati lelaki terbabit sering ke rumah wanita berkenaan dan mengenali ahli keluarganya yang lain.
"Pasangan ini melakukan dua kesalahan iaitu berada di dalam rumah tanpa berkahwin dan terbabit dengan najis dadah.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 dan mereka diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut," katanya.
Sumber HM