'Dia sudah tidak bergerak dan mulutnya berdarah...'

'Dia sudah tidak bergerak dan mulutnya berdarah...' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Dia sudah tidak bergerak dan mulutnya berdarah...', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Dia sudah tidak bergerak dan mulutnya berdarah...'
Link Artikel/Video : 'Dia sudah tidak bergerak dan mulutnya berdarah...'

Baca juga


'Dia sudah tidak bergerak dan mulutnya berdarah...'

“ADIK (arwah) sempat bertanyakan siapa yang mahu menghantarnya ke tuisyen dan saya memberitahu supaya pergi mandi terlebih dulu.

“Tak lama kemudian, seseorang mengetuk pintu rumah dan memaklumkan adik terjatuh ke bawah kuarters," kata Abdul Rahman Sallehuddin, 51.

Semalam, anaknya, Mohd Badrul Amin, 11, maut selepas terjatuh dari balkoni belakang tingkat lima kediamannya di kuarters Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, dekat Shah Alam.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, anak bongsu daripada enam beradik itu dipercayai terjatuh ketika mahu mengambil pakaian di ampaian rumahnya.

Abdul Rahman berkata, arwah baru saja pulang daripada bermain bersama rakannya sebelum memasuki rumah dan mahu bersiap ke tuisyen di sekolahnya di Sekolah Kebangsaan TUDM.

“Adik kemudian pergi ke belakang rumah, namun saya tidak pasti dia mahu mengambil apa dan berkemungkinan tuala.

“Selepas dimaklumkan adik terjatuh, saya segera berlari turun dan melihat dia sudah tidak bergerak dan mulutnya berdarah. Saya tidak dibenarkan memegang arwah sehingga dia dibawa menaiki ambulans," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Shah Alam (HSA) di Shah Alam, hari ini.

Menurut pemandu lori itu, dia baru pulang ke rumahnya itu, pagi semalam, selepas menyelesaikan urusan kerja di Terengganu.

“Isteri saya bekerja sebagai tukang masak di TUDM dan sudah 23 tahun tinggal di kuarters ini. Kebiasaannya, saya memang satu atau dua hari tidak pulang ke rumah kerana keluar memandu lori,” katanya.

Kata Abdul Rahman, arwah disifatkan anak yang rajin, berdisiplin dan pandai berdikari.

“Kami tidak melihat sebarang perubahan dirinya dan dia pergi tuisyen di sekolahnya sebagai persiapan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan.

"Kejadian berlaku agak pantas dan kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi," katanya sebak.

Allahyarham Mohd Badrul Amin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber HM