DAP mahu kerajaan Perak lulus hak milik tanah 999 tahun

DAP mahu kerajaan Perak lulus hak milik tanah 999 tahun - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk DAP mahu kerajaan Perak lulus hak milik tanah 999 tahun, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : DAP mahu kerajaan Perak lulus hak milik tanah 999 tahun
Link Artikel/Video : DAP mahu kerajaan Perak lulus hak milik tanah 999 tahun

Baca juga


DAP mahu kerajaan Perak lulus hak milik tanah 999 tahun

TELUK INTAN - DAP Perak tetap mahukan kerajaan negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada Kampung-kampung Baru seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan ketika  PRU-14 lalu.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, kuasa untuk meminda perkara hal ehwal tanah adalah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukan tertakluk kepada Majlis Tanah Negara (MTN).

"Saya merasakan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan di mana tanah-tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan Majlis Tanah Negara hanya memberikan nasihat, itu sahaja," katanya selepas merasmikan majlis jualan amal membabitkan penyertaan lima buah sekolah rendah dan menengah Cina dalam Teluk Intan di Sekolah Menengah (SM) Persendirian San Min di sini hari ini.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu ketika dalam ucapan penggulungan Persidangan Dun baru-baru ini berkata, kerajaan negeri tidak boleh memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada Kampung-kampung Baru kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Faizal berkata, semakan dengan pihak Majlis Tanah Negara (MTN) iaitu Dasar Spesifik Mengenai Pemegangan Tanah Bagi Kawasan Kampung-Kampung Baru telah memutuskan bahawa tempoh pajakan atau 'leasehold' bagi kampung-kampung baru telah dinaikkan daripada 30 tahun kepada 60 tahun.

Menteri Besar itu menjelaskan lagi mesyuarat MTN Ke-53 pada 25 April 1997 menetapkan bahawa tempoh pajakan atau leasehold bagi kampung-kampung baru tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 60 tahun tetapi tidak melebihi 99 tahun.

Dalam pada itu,  Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, hak milik 999 tahun itu juga bukan isu kerana pihaknya akan memberikan hak milik kekal itu kepada semua bangsa melibatkan kampung tersusun, penempatan kaum India dan kampung baru.

"Saya ingin tekankan apabila kita berikan hak milik kekal, kita bagi kepada semua bangsa dan ini perlu ditegaskan... Jangan salah faham, ini bukan tanah baharu, ini adalah lot kediaman yang didiami oleh penduduk sebelum kemerdekaan sejak tahun 1948 iaitu waktu darurat, sudah wujudnya kampung baru

"Itu rumah mereka, takkan kita hendak rampas rumah rakyat? Cuma saya minta berikan hak milik, hak milik sememangnya ada, cuma dilanjutkan tempoh pajakan maka tak jadi isu," katanya.

Sehubungan itu tegas Kor Ming, pihaknya tidak meletakkan tekanan terhadap Ahmad Faizal dalam memainkan peranan isu itu namun perkara itu ada dalam manifesto dan Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan semua janji-janji itu. - Bernama

Sumber SH