Suspek buruan polis ditemui tergantung di pokok

Suspek buruan polis ditemui tergantung di pokok - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Suspek buruan polis ditemui tergantung di pokok, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Suspek buruan polis ditemui tergantung di pokok
Link Artikel/Video : Suspek buruan polis ditemui tergantung di pokok

Baca juga


Suspek buruan polis ditemui tergantung di pokok

Mayat lelaki ditemui tergantung di pokok berhampiran kawasan Sungai Ulu Penangah, Kinabatangan semalam

KINABATANGAN - Suspek yang diburu polis bagi membantu siasatan kes keganasan rumah tangga maut di kawasan Sungai Ulu Penangah di sini semalam.

Suspek yang berusia 42 tahun ditemui orang awam dalam keadaan tergantung di sebatang pokok di tepi sungai kira-kira pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, proses pengecaman mendapati mayat tersebut merupakan suspek buruan polis dalam kejadian pada Isnin lalu.

"Polis telah menerima laporan pada 3.30 petang terdapat mayat seorang lelaki dalam keadaan tergantung di sebatang pokok kawasan Sungai Kuala Penangah di sini.

"Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa merupakan suspek buruan polis bagi membantu siasatan terhadap laporan keganasan rumah tangga melibatkan seorang wanita pada Isnin lalu," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

A. Sahak berkata, punca kematian masih dalam siasatan.

Pada Isnin lalu, seorang wanita mengalami kecederaan pada bahagian betis kanan akibat dilempas dengan sebatang tombak sawit di kawasan kebun kelapa sawit Kampung Penangah Tongod.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu dipercayai berlaku setelah suspek yang juga suami mangsa enggan memindahkan hasil buah sawit di kebun berkenaan.

Siasatan lanjut mendapati, ketika kejadian suspek berada di bawah pengaruh alkohol.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Sumber - K! ONLINE