(Gambar) Mekanik parah dihempap bas

(Gambar) Mekanik parah dihempap bas - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk (Gambar) Mekanik parah dihempap bas, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : (Gambar) Mekanik parah dihempap bas
Link Artikel/Video : (Gambar) Mekanik parah dihempap bas

Baca juga


(Gambar) Mekanik parah dihempap bas

Abd Rahman Ishak di keluarkan dari bawah bas oleh seorang rakannya di sebuah kedia tayar di Jalan Kampung Temin, Jerantut. 
 
JERANTUT - Seorang mekanik parah di kepala akibat dihempap ketika menukar tayar sebuah bas semasa kejadian pukul 9.30 pagi di tempat kerjanya dekat Jalan Kampung Temin di sini hari ini.

Difahamkan, Abd. Rahman Ishak, 39, mengalami kecederaan itu semasa sedang memasang jek hidraulik di bawah bas berkenaan sebelum dihempap kenderaan tersebut.

"Sebelum kejadian, dia (mangsa) berada di bawah bas untuk memasang jek kerana hendak menukar tayar .

"Tiba-tiba bas jatuh dari jek dan menghempap dia yang berada di bawah. Kawan sekerja yang melihat kejadian itu cuba membantu mengeluarkan dia dari bawah bas.

"Pemilik bengkel yang turut melihat kejadian itu terus menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan kecemasan," ujar sepupu mangsa, Mohd. Zamri Umor, 33, kepada Kosmo! di sini.

Sejurus diselamatkan dengan bantuan orang ramai, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kemudian dikejarkan ke Hospital Jerantut untuk diberikan rawatan.

Mangsa yang separuh sedar semasa diselamatkan seterusnya dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Sumber- K! ONLINE