Tajuk : Ibrahim Ali mahu kerajaan PH beri kelulusan penubuhan parti baharu Putra
Link Artikel/Video : Ibrahim Ali mahu kerajaan PH beri kelulusan penubuhan parti baharu Putra
Ibrahim Ali mahu kerajaan PH beri kelulusan penubuhan parti baharu Putra
Datuk Ibrahim Ali (gambar atas) mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baharu dengan nama Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang mempunyai matlamat untuk memperjuangkan bangsa Melayu, Bumiputera dan agama Islam di negara ini.
Putra akan mengunakan simbol ‘tanjak’ sebagai logo parti.
Permohonan untuk penubuhan parti baharu itu telahdihantar kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (Ros) untuk mendapatkan kelulusan.
Beliau turut mengumumkan 18 ahli penaja Putra yang mana bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan bekas Pengerusi Mara Tan Sri Khalid Yunus sebagai Timbalan Presiden Penaja Putra.
Manakala bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang juga bekas Naib Presiden dan Ketua Penaja Bersatu Gopeng Datuk Hamidah Osman antara ahli jawatankuasa penaja Putra.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu berkata, telah mengemukakan permohonan menubuhkan parti kepada Ros dan mengharapkan ia akan diluluskan segera tanpa ada halangan.
“Saya mengharapkan ketua pendaftar RoS, menteri dalam negeri dan perdana menteri supaya dapat meluluskan permohonan kami secepat mungkin.
” Buat masa ini RoS memberitahu masih diperingkat saringan Bukit Aman untuk memastikan kelayakan barisan jawatankuasa penaja yang dibentuk ini.
“Ini kerajan baharu (Pakatan Harapan) yang dikatakan terbuka dan tidak menindas seperti kerajaan dulu. Saya nak tengok sejauh mana mereka akan memberi respon kepada penubuhan parti baharu ini,” ujarnya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baharu Kuala Lumpur hari ini.
Beliau turut berkata perancangan untuk penubuhan parti baharu itu atas kehendak sebahagian masyarakat yang terdiri dikalangan pemimpin politik, pensyarah, NGO, orang muda yang kurang menyenangi kemelut politik dikalangan Umno-BN dan Pakatan Harapan (PH) sejak mutakhir ini.
“Pertemuan telah banyak kali diadakan untuk mendapatkan maklum balas mereka mengenai keperluan penubuhan parti baharu ini.
” Tujuan penubuhannya kerana ramai dikalangan Melayu dan Bumiputera berasa cukup bercelaru dengan empat parti utama Melayu (Umno,Pas, PKR, Bersatu dan AMANAH) yang tidak selari dalam perjuangan politik dan perjuangan rakyat.
“Pas walaupun sudah 60 tahun tapi ‘bagai hidup segan mati tak mahu’ hanya ada 18 ahli Parlimen.
“Umno pula tewas pada PRU14 dan sehingga masalah dalaman berlarutan, ahli sendiri gelisah tidak ada wadah baru.
“Ada dikalangan rakyat pula melihat bahawa ada parti yang nyata tidak bersungguh untuk memperjuangkan isu berkaitan Islam dan kaum bumiputera. Kumpulan yang menyokong hak sama rata dan liberalisme diberikan tempat.
“Ada pula parti yang masih terumbang ambing mencari wadah perjuangan bangsa dan agama sebagai parti baharu,” ujarnya yang merujuk kepada kelemahan yang terdapat dalam empat parti gabungan Pakatan Harapan yang kini memerintah negara dakwanya, gagal membawa aspirasi bangsa, agama Islam dan kaum bumiputera.
Presiden penaja Putra Datuk Ibrahim Ali (kanan) dan Timbalan Presiden penaja Tan Sri Khalid Yunus (kiri) pada pengumuman penubuhan parti baharu Putra dalam sidang media hari ini.
Dalam sidang media sama Timbalan Presiden penaja Tan Sri Khalid Yunus berkata, permohonan kepada RoS untuk penubuhan parti baharu bukan untuk mengambil alih Umno atau parti dalam gabungan Pakatan Harapan.
“Tiada niat ambil alih Umno dan parti-parti lain. Prinsip kita akan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti kewujudan yang tidak bertentangan dengan perjuangan parti kami. Kita tidak mahu terikat,” ujarnya.
Difahamkan Ibrahim Ali telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Perkasa tetapi jawatankuasa pertubuhan itu tidak menerima hasrat beliau untuk melepaskan jawatannya yang disandang sejak dua dekad lalu kerana menunggu pemilihan kepimpinan baru Perkasa pada Oktober depan.
Sumber MD