Kecoh! Kelab gay operasi lebih 30 tahun diserbu

Kecoh! Kelab gay operasi lebih 30 tahun diserbu - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kecoh! Kelab gay operasi lebih 30 tahun diserbu, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kecoh! Kelab gay operasi lebih 30 tahun diserbu
Link Artikel/Video : Kecoh! Kelab gay operasi lebih 30 tahun diserbu

Baca juga


Kecoh! Kelab gay operasi lebih 30 tahun diserbu

KUALA LUMPUR - Sebuah kelab gay didakwa beroperasi lebih 30 tahun di Bukit Bintang, diserbu pihak berkuasa menerusi Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op Bah), awal pagi tadi.

Ketika serbuan, kira-kira 60 lelaki termasuk pengunjung dan pelayan, serta dua wanita merupakan pekerja berada dalam kelab itu.

Berlaku sedikit kekecohan apabila salah seorang pengunjung warga asing ketika pihak berkuasa mahu membuat pemeriksaan ke atas mereka bagaimanapun keadaan dapat dikawal tidak lama kemudian.

Hasil pemeriksaan mendapati kelab berkenaan merupakan tumpuan pelancong asing dan warga tempatan.

Seramai 20 lelaki Melayu diberi notis kaunseling oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Operasi diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikshan itu turut menyerbu sebuah lagi kelab hiburan dan dua kawasan projek perumahan rakyat (PPR) membabitkan tindakan daripada pihak Jawi dan Jabatan kebajikan masyarakat (JKM), jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kastam dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sumber SH