Ini respons Azizulhasni bila gagal hadiahkan emas kedua negara

Ini respons Azizulhasni bila gagal hadiahkan emas kedua negara - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ini respons Azizulhasni bila gagal hadiahkan emas kedua negara, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, Info Sukan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ini respons Azizulhasni bila gagal hadiahkan emas kedua negara
Link Artikel/Video : Ini respons Azizulhasni bila gagal hadiahkan emas kedua negara

Baca juga


Ini respons Azizulhasni bila gagal hadiahkan emas kedua negara

KECEWA...Reaksi kecewa atlet berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang selepas gagal memenangi emas acara berbasikal final 'Keirin' lelaki pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Velodrome Antarabangsa Jakarta hari ini.

JAKARTA - Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang gagal menambah koleksi pingat emas apabila menduduki tempat ketiga dalam acara keirin pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Velodrom Antarabangsa Jakarta hari ini.

Pada saingan hari ini, juara keirin dunia 2017 itu yang memenangi pingat emas dalam acara pecut semalam, gagal meneruskan kayuhan cemerlangnya untuk berada dalam kedudukan teratas podium dan terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Mohd Azizulhasni yang meraih gangsa pada Sukan Olimpik 2016 di Rio, mencatat masa 10.203 saat di belakang pemenang pingat emas, Jai Angsuthasawit dari Thailand (10.029s) dan pelumba Jepun, Yudai Nitta yang ketinggalan hanya 0.003s untuk meraih pingat perak.

Bercakap kepada pemberita selepas perlumbaan, Mohd Azizulhasni mengakui kecewa dengan pencapaian tersebut kerana percaya mampu mencatat keputusan lebih baik.

"Keputusan yang menyedihkan sebab saya yakin boleh dapat pingat emas dan persembahan saya juga berada di tahap terbaik. Daripada awal saya simpan tenaga dan tidak mahu menggunakan sepenuhnya sehingga ke final.

"Ia bertambah ralat apabila saya menamatkan perlumbaan final ini tanpa saya berasa penat. Saya tidak menggunakan seluruh tenaga. Saya tidak dapat nak melakukan pecutan terakhir sebab saya tidak mempunyai ruang dan jika saya tetap berbuat demikian, perlumbaan saya mungkin dibatalkan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Malaysia - Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan saingan acara itu di tempat ketujuh. - Bernama

Sumber Kosmo