Keluarga dapat pampasan RM59 juta polis salah tembak

Keluarga dapat pampasan RM59 juta polis salah tembak - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Keluarga dapat pampasan RM59 juta polis salah tembak, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Keluarga dapat pampasan RM59 juta polis salah tembak
Link Artikel/Video : Keluarga dapat pampasan RM59 juta polis salah tembak

Baca juga


Keluarga dapat pampasan RM59 juta polis salah tembak

Perbandaran Los Angeles bersetuju membayar pampasan AS$14.34 juta (RM59 juta) kepada keluarga seorang lelaki ditembak mati secara salah oleh polis ketika usaha mencari seorang anggota penjenayah dikehendaki, kata peguam keluarga berkenaan.

Pampasan itu, antara yang tertinggi pernah dibayar kerajaan tempatan Los Angeles, dicapai awal tahun ini tetapi jumlahnya tidak dirahsiakan.

Frank Mendoza, 54, ditembak mati pada 1 Ogos 2014 oleh timbalan sherif yang menyangka beliau ialah Cedric Ramirez.

Ramirez, 24, yang sedang menjalani parol dikehendaki atas kesalahan jenayah, memecah masuk rumah Mendoza ketika dikejar polis di kawasan kejiranan Pico Rivera di Los Angeles.

Beberapa anggota keluarga beliau berjaya melarikan diri dari rumah.

Namun apabila Mendoza cuba melarikan diri menerusi pintu depan, polis tersalah sangka beliau ialah Ramirez dan menembak mangsa di dahi dan kaki, menurut laporan kejadian.

“Ini adalah mimpi paling ngeri mana-mana penduduk, sepatutnya mereka dilindungi undang-undang, sebaliknya penguat kuasaan undang-undang yang meragut nyawa mereka,” kata peguam keluarga berkenaan, Garo Mardirossian.

Keluarga Mendoza memfailkan saman terhadap Perbandaran Los Angeles dan Jabatan Sherif selepas kejadian itu, mendakwa pegawai cuai. — AFP

Sumber BH