Mansuh Tol, Pihak PLUS Akhirnya Tampil Beri Komen!

Mansuh Tol, Pihak PLUS Akhirnya Tampil Beri Komen! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mansuh Tol, Pihak PLUS Akhirnya Tampil Beri Komen!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mansuh Tol, Pihak PLUS Akhirnya Tampil Beri Komen!
Link Artikel/Video : Mansuh Tol, Pihak PLUS Akhirnya Tampil Beri Komen!

Baca juga


Mansuh Tol, Pihak PLUS Akhirnya Tampil Beri Komen!

SUBANG: Perbincangan antara kerajaan dan syarikat pengendali lebuhraya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berhubung cadangan pemansuhan tol secara berperingkat masih dijalankan.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata proses perbincangan masih berjalan dan tiada tempoh masa ditetapkan bagi mencapai keputusan.

“Perkara itu masih dalam perbincangan dengan pihak kerajaan untuk mencapai kata sepakat bagi kepentingan semua pihak.

“Tiada tempoh masa ditetapkan untuk proses berkenaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 di Persada PLUS, di sini, hari ini.

Katanya, semua konsesi lebuh raya di bawah syarikat PLUS termasuk Lebuhraya Utara-Selatan akan berakhir pada 31 Disember 2038.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir semalam mengenai kerajaan Pakatan Harapan (PH) konsisten melunaskan janji penghapusan tol secara berperingkat di seluruh negara dengan mengambil pertimbangan kedudukan kewangan negara.

Dalam perkembangan lain, Azman berkata PLUS sudah menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di semua plaza tol susulan kejadian ribut yang meruntuhkan sebahagian siling Plaza Tol Bukit Raja.

“Kejadian yang berlaku di plaza tol berkenaan adalah kejadian luar biasa dan berlaku disebabkan angin ribut.

“Susulan itu, PLUS sudah membuat pemeriksaan dan pemantauan di semua plaza tol seluruh negara malah beberapa penambahbaikan yang perlu juga sudah dibuat,” katanya.

Terdahulu, Azman berkata, menerusi kempen Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, PLUS mengadakan pelbagai aktiviti termasuk peraduan foto ‘Kenali Malaysia, Sayangi Malaysia’, pemakaian Reben Perpaduan, Kembara Sayangi Malaysia bersama personaliti radio serta pameran foto kemerdekaan di Galeri Jejantas di Jejantas Sungai Buloh.

“Menerusi peraduan foto Kenali Malaysia, Sayangi Malaysia, peserta boleh menghantar gambar paling menarik yang dimuat naik di akaun Facebook dan Instagram menggunakan #PLUSMerdeka2018.

“Peraduan berlangsung sehingga 30 September dan mereka berpeluang membawa pulang hadiah utama berupa telefon bimbit iPhone X dan 10,000 mata ganjaran PLUSMiles sepanjang kempen ini,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang kempen ini juga rakan niaga di semua kawasan rehat dan rawat (R&R) PLUS akan menawarkan menu merdeka serta juadah istimewa di gerai masing-masing sehingga 30 September ini.

Katanya, menerusi kempen itu juga, konvoi kembara amal yang disertai 61 peserta akan menjelajah ke tiga lokasi seluruh negara bagi menyerahkan sumbangan sebanyak RM3,000 di setiap lokasi.

Sumber BH