Macam filem! Penjenayah serbu pejabat kastam, larikan dadah RM30juta

Macam filem! Penjenayah serbu pejabat kastam, larikan dadah RM30juta - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Macam filem! Penjenayah serbu pejabat kastam, larikan dadah RM30juta, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Macam filem! Penjenayah serbu pejabat kastam, larikan dadah RM30juta
Link Artikel/Video : Macam filem! Penjenayah serbu pejabat kastam, larikan dadah RM30juta

Baca juga


Macam filem! Penjenayah serbu pejabat kastam, larikan dadah RM30juta

Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kampung Jijan. 
 
NILAI - Polis mengesahkan menerima laporan dadah rampasan bernilai kira-kira RM30.4 juta yang disimpan di Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kampung Jijan di sini dilarikan penjenayah awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, pihaknya telah menerima laporan kes itu dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin akan mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam tempoh terdekat.

"Polis telah menerima laporan mengenai kejadian itu. Ketua Polis Negeri Sembilan akan mengeluarkan kenyataan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Menurut sumber polis, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi semalam, 10 lelaki bertopeng menaiki dua buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta memasuki premis itu.

Mereka kemudian bertindak memukul dan mengikat dua pengawal keselamatan bangunan berkenaan sambil memaklumkan mahu mengambil barang milik mereka.

Jelas sumber polis, sebanyak 80 kotak dipercayai mengandungi dadah bernilai RM30.4 juta yang disimpan dalam salah sebuah kontena di Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan dilarikan penjenayah terbabit.

Sumber- K! ONLINE