Tajuk : Disyaki kes bunuh, polis buka semula siasatan.
Link Artikel/Video : Disyaki kes bunuh, polis buka semula siasatan.
Disyaki kes bunuh, polis buka semula siasatan.
KUALA LUMPUR: Polis kini menyiasat kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, 47, dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya, jam 12.20 tengah hari 14 Jun lalu sebagai kes bunuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, berdasarkan laporan pihak bomba, pihaknya membuka siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund yang maut pada 14 Jun lalu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh Jumaat lalu.
“Ini dibuat berdasarkan laporan bomba dan keputusan bedah siasat yang diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam tragedi pada 14 Jun lalu, Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya, jam 12.20 tengah hari.
Nazrin Hassan terperangkap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat beliau di Mutiara Damansara dan berkemungkinan meninggal dunia akibat terhidu asap.
Syarikat Cradle Fund dalam kenyataannya sehari selepas kejadian, mengesahkan laporan bedah siasat kematian pegawainya, Nazrin Hassan berpunca daripada letupan telefon pintar.
Hasil siasatan mendapati tubuh mangsa mempunyai pelbagai komplikasi kecederaan akibat letupan gajet itu yang dicas bersebelahannya.
Mangsa yang jawatan terakhirnya di syarikat itu sebagai juga Ketua Pegawai Eksekutif, sudah berkhidmat di syarikat yang sama sejak 15 tahun lalu.
Sumber BH