Terkejut bila Fasha dedah status hubungannya dengan Aidil! Dah agak dah

Terkejut bila Fasha dedah status hubungannya dengan Aidil! Dah agak dah - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Terkejut bila Fasha dedah status hubungannya dengan Aidil! Dah agak dah, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Terkejut bila Fasha dedah status hubungannya dengan Aidil! Dah agak dah
Link Artikel/Video : Terkejut bila Fasha dedah status hubungannya dengan Aidil! Dah agak dah

Baca juga


Terkejut bila Fasha dedah status hubungannya dengan Aidil! Dah agak dah

CHERAS - Pelakon Fasha Sandha memberitahu dia dan Aidil Aziz sudah berjumpa serta mengenali keluarga masing-masing selepas mereka mula rapat sejak awal tahun.

Namun bagaimanapun, Fasha, 34, menegaskan hubungan mereka masih dalam fasa berkawan dan enggan terlalu bercakap mengenainya kepada umum.

“Buat masa sekarang saya dan dia berkawan sahaja seperti yang pernah ditegaskan dahulu. Cuma untuk masa akan datang, kita pun tidak tahu apa akan berlaku kepada hubungan ini.

“Sebab itu saya enggan bercakap lanjut mengenainya. Apa yang saya boleh katakan, kehidupan saya yang bahagia kini lebih ceria dengan kehadiran dia,” katanya ketika ditemui pada majlis pengenalannya sebagai duta ubat gigi keluaran Aura White di Meet & Dine, Batu 9 Cheras, di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun Fasha enggan memberi komen tentang kesediaannya untuk membawa hubungan itu ke arah yang lebih serius.

Pada Jun lalu, hubungan mesra mereka mula diperkatakan peminat selepas tersebarnya sebuah video berpelukan antara Fasha dan Aidil di sebuah lapangan terbang.

Kedua-duanya mula mereka rapat sejak terlibat dalam sitkom Mamu Mami Gosip pada awal tahun ini.

Sumber - K! ONLINE