Tajuk : Mati sewaktu main badminton
Link Artikel/Video : Mati sewaktu main badminton
Mati sewaktu main badminton
DUNGUN – Kegembiraan seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersukan bersama rakan-rakannya bertukar tragedi apabila dia meninggal dunia ketika bermain badminton di Dewan Badminton TNB, Jalan Nibong di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, Mazlan Embong, 57, yang merupakan Ketua Teknikal Bahagian Pembahagian TNB Dungun dikatakan rebah selepas 15 minit berada di gelanggang.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ketika kejadian mangsa sedang bermain badminton bersama tiga lagi rakannya dan dipercayai rebah secara tiba-tiba ketika sedang membalas servis.
“Seorang rakannya cuba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa selepas melihatnya rebah sebelum menghubungi pihak hospital.
“Sepasukan anggota perubatan dari Hospital Dungun yang tiba tidak lama kemudian memeriksa mangsa dan mengesahkannya sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Sumber Kosmo / Gambar Metro