Dua acara rasmi sempena ulang tahun Agong dibatalkan!

Dua acara rasmi sempena ulang tahun Agong dibatalkan! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Dua acara rasmi sempena ulang tahun Agong dibatalkan!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Dua acara rasmi sempena ulang tahun Agong dibatalkan!
Link Artikel/Video : Dua acara rasmi sempena ulang tahun Agong dibatalkan!

Baca juga


Dua acara rasmi sempena ulang tahun Agong dibatalkan!

KUALA LUMPUR - Dua acara bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V iaitu Istiadat Hari Keputeraan Rasmi dan Jamuan Teh Diraja yang dijadual pada 9 September depan di Istana Negara telah dibatalkan.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan malam ini.

Wan Ahmad Dahlan berkata, Sultan Muhammad V telah menitahkan agar peruntukkan perbelanjaan bagi kedua-dua acara rasmi berkenaan dikembalikan semula kepada kerajaan untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.

"Manakala acara-acara rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda yang lain tetap diteruskan seperti mana yang telah dirancang.

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri yang telah merancang acara-acara rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda bagi tahun 2018," katanya. - Bernama

Sumber Kosmo