Tengku Mahkota' terima padah

Tengku Mahkota' terima padah - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Tengku Mahkota' terima padah, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Tengku Mahkota' terima padah
Link Artikel/Video : Tengku Mahkota' terima padah

Baca juga


Tengku Mahkota' terima padah

PENGANGGUR dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, atas pertuduhan mengaku sebagai Tengku Mahkota Kelantan di media sosial.

Tertuduh, Nik Muhammad Hafilzul Adzhar Abdul Razak, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Izuddin Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memuat naik status dan komen jelik di akaun Instagram miliknya dengan niat menyakiti hati dan menganiaya serta mengganggu institusi Kesultanan Kelantan pada jam 9.30 malam, 4 April lalu.

Tertuduh dikatakan memuat naik status dengan membahasakan dirinya ‘Beta’ dan komen mengaku sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan anak angkat kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta yang sama iaitu denda RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan selepas sabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin mencadangkan jaminan RM10,000, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 September depan.

Sumber HM